MOTOSIKAL BERTEMBUNG: Dua Penunggang Maut

 

PicsArt_05-15-08.37.23BALING: Muhammad Kamaruzzaman Desa, 39, dari Taman Bertam Indah, Kepala dipercayai tertinggal di belakang rakan-rakannya yang konvoi ke arah Banjaran Titiwangsa, Baling.

Beliau yang cedera parah di tengkok meninggal dunia jam 4.00 petang tadi di Hospital Kepala Batas.

Kamaruzzaman dipercayai melanggar sebuah motosikal Honda Ex-5 di persimpangan lampu isyarat Kampung Lalang.

Penunggang motosikal EX-5 tersebut dipercayai seorang warga emas berusia 81 tahun, dikenali sebagai Ibrahim Hussein dari Kampung Tanjung Pari, Mukim Siong, meninggal di tempat kejadian, jam 12.10 tengahari tadi.  PicsArt_05-15-08.38.49

Ibrahim yang menunggang motosikal Honda EX-5 dipercayai dari Pekan Kampung Lalang untuk pulang ke rumahnya sebelum berlaku kemalangan di simpang empat lampu trafik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusof, berkata dua buah motosikal bertembung dipersimpangan lampu isyarat yang tidak berfungsi.

Shariffuddin  berkata, motosikal berkuasa tinggi dari arah Tanjung Pari menghala ke Baling manakala motosikal yang ditunggang warga emas dari Pekan Kampung Lalang dan membelok ke kanan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Tanjung Pari.

Menurut beliau lagi, warga emas tersebut mengalami kecederaan parah di kepala kerana tidak memakai topi keledar dan meninggal di tempat kejadian.

“Kedua mangsa di bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu dan menyebabkan kematian,” jelas Shariffuddin.

Be the first to comment