PENSYARAH SANGGUP BANTU SIASATAN

Selain mengakui hasil tulisan beliau sebagaimana terpapar di laman facebooknya, Dr. Kamarul Zaman Yusoff menyatakan beliau tidak gentar dengan laporan-laporan polis yang dibuat oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Hj. Zaidi Ahmad dan/atau mana-mana pihak.
Menurut beliau;
“Saya mengesahkan tulisan itu adalah tulisan saya dan saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisan saya itu.”

Dr. Kamarul Zaman Hj. Yusoff

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu juga sanggup dipanggil oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung tulisan beliau yang mengulas buku Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Selangor, Hannah Yeoh.

Kamarul yang dihubungi Aspirasi Perdana menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada polis, atau di mana saja, termasuk di mahkamah sekiranya diperlukan.

Selain berani mengakui kesahihan tulisan beliau di laman facebooknya, Kamarul juga secara tegas menyatakan;
“Saya akan mengemukakan bukti berkaitan dan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan mengenai agenda Kristianisasi beliau di dalam bidang politik.”

Polemik isu ini tercetus apabila ada pihak-pihak tertentu yang tidak dapat menerima kepelbagaian pendapat, fakta serta ulasan seorang tokoh akdemik yang mengkaji buku Becoming Hannah: A Personal Journey.

Semalam, seorang pengamal media sosial mengkritik laporan polis yang dibuat oleh Zaidi dan menganggapnya sebagai ‘MELAYU YANG MENCUCI NAJIS DAP’.

Be the first to comment