PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Hj. Zaidi Ahmad, mantan pegawai tinggi Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang dipecat oleh Mahkamah Tentera atas salah laku mengeluarkan kenyataan akhbar yang memalukan organisasi pertahanan negara tersebut.

Berusia 48 tahun, Zaidi pada mulanya merupakan seorang ahli dan pengikut tegar Parti Islam SeMalaysia (PAS), sebuah parti pembangkang yang sering dicanangkan sebagai pengganti kepada parti UMNO, tonggak Barisan Nasional.

ZAIDI AHMAD AP

Kecewa dengan PAS yang dilihat tidak memperjuangkan aktivis seperti beliau, Zaidi menyertai Parti Amanah Negara (PAN) sebagai Pengarah Komunikasi, Bahagian Kepala Batas. PAN merupakan parti serpihan PAS setelah beberapa orang pemimpinnya gagal merampas kuasa dari golongan ulama’ pada Muktamar 2015.

Entah di mana silapnya, Zaidi berkemungkinan besar kecewa dengan parti PAN dan akhirnya ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng selain menyertai parti ultra perkauman DAP.

Kini, Zaidi giat melakukan pelbagai serangan demi serangan ke atas parti UMNO dan kerajaan Malaysia berbanding mempromosikan dasar-dasar serta program kerajaan Negeri Pulau Pinang, sesuai dengan jawatan beliau.

Joseph Lim Guan Eng dan DAP seolah sudah menemui pengganti kepada Razali Abdul Rahman, mantan Penolong Setiausaha DAP Pulau Pinang yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu lantaran pendedahannya tentang agenda kristianisasi negara oleh DAP.

Meski pun DAP kehilangan Razali, tempat beliau kini diisi pula oleh Zaidi yang dilihat begitu giat dan aktif dalam pelbagai platform media sosial mengeluarkan pelbagai kenyataan yang sarat berbaur hasutan dan kebencian terhadap kepimpinan negara, terutamanya terhadap Perdana Menteri, DS Najib Razak.

Kehilangan Razali sebagai figura yang membongkar agenda kristianisasi negara sehingga kini dipandang sepi oleh DAP, malah tiada sebarang tindakan undang-undang diambil oleh parti ultara perkauman itu terhadap mantan Pegawai Khas Ahli Parlimen Jelutong tersebut.

Zaidi merupakan calon terbaik yang muncul menggantikan Razali berbanding calon-calon seperti Dyana Sofea, Rara, Mahdzir Ibrahim dan lain-lain. Sekiranya Razali enggan terbabit dalam agenda kristianisasi negara oleh DAP, maka Zaidi sebagai ikon baru yang agresif merupakan pewaris terhadap perjuangan tersebut.

Tambahan pula Zaidi dengan pantas membuat laporan polis terhadap Dr. Kamarul Zaman Hj. Yusoff, seorang ahli akademik dan penganalisis politik berhubung isu Becoming Hannah: A Personal Journey.

Perjuangan Zaidi masih belum selesai. Beliau diakui dan dikagumi atas kegigihannya sewaktu Joseph Lim Guan Eng melantiknya sebagai Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Agenda kristianisasi negara oleh DAP perlu disokong dan mampu didokong sepenuhnya oleh Zaidi.

Apakah Zaidi kini benar-benar merupakan Pegawai Penerangan Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang komited menerangkan dasar dan program kerajaan negeri atau beliau merupakan Pegawai Penerangan DAP yang akan membela siapa sahaja pemimpin parti ultra perkauman itu, termasuklah Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh?

Sesungguhnya perjuanganmu masih belum selesai.

Advertisements

Be the first to comment