SERANGAN BOM DI MANCHESTER : ISIS mengaku bertanggungjawab

Pihak militan ISIS mengaku bertanggungjawab dalam serangan bom di Manchester semalam.

Sementara itu, para penyokong kumpulan pengganas Daesh ‘menyuarakan kegembiraan’ dengan memberikan mesej ucapan tahniah.

Mereka menggalakkan serangan serupa dilancarkan di tempat terkemuka yang lain melalui media sosial.

Kejadian letupan bom tersebut berlaku sewaktu konsert penyanyi terkenal, Ariana Grande sedang berlangsung  di Manchester Arena yang mengorbankan 22 orang mangsa.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada tangkapan dilakukan oleh mana-mana pihak berkuasa di London mahu mahu pun Interpol.

Be the first to comment