FADZIL HASSAN MENINGGAL DUNIA

Fadzil Hassan, cukup dikenali dalam rancangan Halaman Keluarga, radio Kedah FM. 

Berusia 73, Fadzil yang merupakan seorang pendakwah terkenal di Kedah, maut  setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 10.3, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Kubang Pasu, jam 3.45 petang semalam di Hospital Jitra.

FB_IMG_1495622256719

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa terbabas sendiri sebelum melanggar pembahagi jalan,” menurut  Superintenden Ismail Ibrahim.

Ismail yang juga Ketua Polis Kubang Pasu juga dipetik sebagai berkata;                         Akibat daripada kejadian itu, mangsa tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Jitra bagi mendapatkan rawatan. Namun kira-kira pukul 3.45 petang, pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia.” 

Polis setakat ini  masih menanti laporan bedah siasat dari  pihak hospital mengenai punca kematian mangsa.

“Siasatan akan diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” menurut Ismail lagi.

Be the first to comment