PENYERANG MANCHESTER ARENA DIKENALPASTI

Polis Manchester mendedahkan, pengebom berani mati di konsert Ariana Grande merupakan seorang lelaki berusia 22 tahun.

salm,ani
Salman Ramadan Abedi, rakyat Britain keturunan Libya merupakan suspek utama (setakat ini) yang telah membunuh 22 orang dan mencederakan 59 yang lain Isnin lalu dalam tragedi serangan bom di Manchester Arena.
Sumber-sumber polis menyatakan pengebom berani mati tersebut terbunuh selepas meletupkan diri di serambi Manchester Arena dan nama Salman timbul selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat mengumumkannya kepada media.
Polis bersenjata menutup Jalan Elsmore, di daerah Fallowfield di selatan Manchester sebelum meletupkan secara terkawal rumah bertingkat tempat tinggal Salman dan menggeledah rumah saudaranya, Ismael, di daerah Chorlton, selatan Manchester.
Beberapa jam selepas serangan tersebut, pihak Islamic State (IS) mendakwa bahawa serangan telah dilakukan oleh seorang tentera khilafah.
Tuntutan tanggungjawab negara Islam telah disebarkan dalam bahasa Arab dan Inggeris melalui saluran yang lazim digunakan kumpulan tersebut, aplikasi Telegram.
Tiada seorang pun rakyat Libya di Manchester yang menyangka bahawa Salman, pemuda yang taat dan selalu menghormati orang tua tersebut akan menjadi pembunuh besar-besaran.
 
“Salman? Saya sangat terkejut mendengarnya (menjadi pengebom berani mati),” demikian kata salah salah seorang keturunan Libya di Manchester sebagaimana dilaporkan The Guardian.
salman
Masyarakat Libya di Manchester menganggap bahawa Salman sebagai seorang pendiam.
 
“Tidak mungkin dia melakukan perkara ini (mengebom Manchester), bahkan kami percaya mesti ada seseorang yang mempengaruhi Salman untuk melakukannya,” kata yang lain pula.
Advertisements

Be the first to comment