RM3.75 JUTA DIBAZIRKAN SEHARI: Kementerian Lancar Kempen Nafas Baru Ramadhan

CATATAN Kementerian Kesihatan terhadap perokok yang berusia 15 tahun dan ke atas direkodkan seramai 4.7 juta orang.

Justeru itu, kementerian  memandang serius gejala merokok di kalangan rakyat negara ini dan akan menggerakkan kempen ‘Nafas Baru Ramadhan’ di seluruh negara sempena bulan puasa ini.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya,  gejala merokok memberi kesan negatif kepada ekonomi rakyat memandangkan sebanyak RM375 juta dibazirkan sehari oleh rakyat Malaysia untuk tabiat yang tidak memberi manfaat itu.

HILMI KKM

Hilmi yang berucap pada majlis pelancaran kempen tersebut di Putrajaya dipetik sebagai berkata;                                                                                                                      “Kempen secara berterusan ini adalah salah satu usaha kementerian menangani gejala merokok dalam kalangan rakyat negara ini yang semakin serius.” 

Kempen  ‘Nafas Baru Ramadhan’ itu bertemakan ‘hijrah hidup tanpa amalan merokok’ 2017.

 

Be the first to comment

%d bloggers like this: