SETITIK DARAH MEMBAWA SEJUTA MAKNA

Kuala Lumpur, 24 Mei 2017 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah memberikan sambutan yang menggalakkan dalam Program Kempen Derma Darah Sempena Hari Polis Ke-210 yang berlangsung di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Image may contain: 2 people, people sitting

Program anjuran Cawangan Kebajikan PDRM dan Pusat Darah Negara ini sememangnya menjadi salah satu aktiviti wajib dalam kalendar Sambutan Peringatan Hari Polis setiap tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapan perasmiannya berkata, program seumpama ini telah menjadi satu tanggungjawab warga PDRM bagi membantu menambah bekalan darah di Pusat Darah Negara.

“Pihak polis bukan sahaja harus memastikan ketenteraman dan keamanan negara terpelihara malah digalakkan menyertai program murni seperti ini yang merupakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, selari dengan motto Program Derma Darah tahun ini; ‘Give The GiftOf Life’, kempen seperti ini merupakan satu khidmat dan sumbangan bermakna PDRM dalam menjaga kebajikan sesama manusia.

Beliau turut menyatakan harapannya kepada warga PDRM sama ada di peringkat kontinjen atau daerah untuk menjadikan program seumpama ini sebagai budaya hidup sekaligus meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan, selain memastikan stok simpanan darah di Pusat darah Negara mencukupi.

Image may contain: 4 people, people sitting

Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Timalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengerusi Pesatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, Pengarah-pengarah PDRM, Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Noryati Abu Amin serta wakil-wakil media.

Be the first to comment