PERKASA SELAR KEBIADAPAN THE STAR

KENYATAAN MEDIA PERKASA BERHUBUNG KEBIADAPAN AKHBAR THE STAR 

Adalah KAMI, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar The Star, 27 Mei 2017.

2. KAMI kesal dan sangat kecewa olahan tajuk berita (headline ) The Star  Malaysian Terrorist Leader  di muka hadapan semalam seiring dengan gambar umat Islam yang sedang menunaikan solat tarawih pada muka hadapan akhbar tersebut.

3. KAMI yakin dan percaya, ia sesuatu yang DISENGAJAKAN  untuk memberi gambaran negatif terhadap umat Islam Malaysia dan/atau seluruh dunia.

PicsArt_05-28-07.52.02DAN KAMI PERCAYA  ia bukannya suatu kesilapan oleh/samada penerbit atau editorial akhbar tersebut.

4. Rekod akhbar The Star selama ini sememangnya menggambarkan sikap anti Islam, anti nasional dan/atau provokasi melampau terhadap isu-isu sensitif antara kaum dan agama.

5. Justeru itu, KAMI di PERKASA menuntut agar pihak penerbit dan/atau editorial akhbar The STAR menyatakan sikap dan pendirian mereka serta meminta maaf kepada umat Islam Malaysia atas kebiadapan dan sikap kurang ajar mereka.

6. PERKASA tidak akan teragak-agak mengambil apa sahaja tindakan yang perlu berlandaskan undang-undang negara demi meladeni kebiadapan dan sikap kurang ajar The STAR ini.

Sekian, terima kasih.

DATO’ HJ. RUSLAN HJ. KASIM 
Ketua Penerangan
28 Mei 2017 /Ahad 8.00p.m.

Advertisements

Be the first to comment