THE STAR MINTA MAAF, UMAT ISLAM DESAK TINDAKAN TEGAS KERAJAAN

Meski pun akhbar The Star telah menyatakan permohonan maaf mereka, umat Islam Malaysia dilihat begitu emosi dengan penghinaan yang dilakukan oleh akhbar tersebut.

THE STAR SAYS SORRY FOR ITS FRONT PAGE

ASPIRASI PERDANA sebentar tadi menyiarkan kenyataan media Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Dato’ Hj. Ruslan Hj. Kasim, yang mendesak agar penerbit dan editorial The Star menyatakan sikap dan pendirian mereka berhubung isu kebiadapan terhadap Islam dan umatnya tersebut.

Suatu kenyataan yang disampaikan dan disebarkan melalui aplikasi Whatsapp berbunyi;

MOHON UMAT ISLAM SELURUH MALAYSIA COPY GAMBAR INI DAN POS DI FB MEREKA DENGAN AYAT SEPERTI DI BAWAH;

“Dengan ini saya mengisytiharkan saya memboikot akhbar The Star ini.  Perbuatan meletakkan tajuk ‘terrorist’ dengan disertai gambar ritual umat Islam sedang bersolat adalah suatu kebiadapan dan jelas sekali yang disengajakan.  Saya boikot dan saya boikot The Star.”

Seorang usahawanita dari Kota Tinggi, Maimunah Yaacob mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menangani kebiadapan The Star ini, meski pun akhbar tersebut sudah pun meminta maaf.

“Ia seolah-olah sengaja dirancang untuk menyakiti hati umat Islam, kemudian baru minta maaf.  Kalau begitu sesiapa sahaja boleh menyakiti hati umat Islam dan mencemarkan kesucian agama Islam tanpa dikenakan apa-apa tindakan. Saya harap pihak beekuasa dapat mempertimbangkan agar lesen penerbitan akhbar tersebut ditarik balik,” ujar Maimunah yang juga aktif dalam beberapa pertubuhan usahawan dan perniagaan.

Sementara itu, Setiausaha Surau Musolla al-Abra, Taman Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor, Saudara Mohd. Sohi Hj Mohd Yasin mahu tindakan tegas diambil oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap Ketua Pengarang akhbar tersebut.

“Umat Islam disarankan agar tidak takut untuk mengemukakan saman terhadap akhbar tersebut jika ianya melanggar undang-undang,” demikian tegas mantan Yang Di Pertua PERKASA Pahang, Dato’ Sri Dr. Hj. Abdul Wahid bin Hj. Abd. Manap.

Wahid yang menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan PERKASA Malaysia secara tegas menyatakan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut dilihat terkehadapan dalam mempejuangkan isu-isu yang bersangkut paut dengan kepentingan Islam dan golongan pribumi serta bumiputera.

Sesungguhnya insiden sebagaimana yang dicetuskan oleh akhbar The Star ini merupakan suatu tindakan yang sinonim dengan insiden mantan Presiden Iraq, Saddam Hussin dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Amerika Syarikat  dan majlis berbuka puasa bak kut teh Alvin Tan.

Ketiga-tiga insiden di atas berlaku di bulan mulia Ramadhan al-Kareem. Wajarkah dianggap sebagai suatu kesilapan atau kesengajaan?

Advertisements

Be the first to comment