SULTAN SELANGOR BERKENAN BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT DI MASJID NEGERI

SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Selangor berkenan berangkat ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) dan berbuka puasa bersama rakyat baginda di Shah Alam sebentar tadi.

Image may contain: 4 people, people standing, people dancing and crowd
Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj sampai  di perkarangan masjid negeri lebih kurang jam 6.20 petang tadi,  diiringi oleh Tengku Permaisuri Norashikin.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah antara orang kenamaan yang turut hadir pada majlis tersebur.

Di samping berbuka puasa bersama rakyat, baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada 410 asnaf fakir, miskin dan mualaf, di mana mereka menerima tunai RM500 setiap seorang.

Sultan Sharafuddin juga turut berkenan menerima sumbangan zakat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM15.8 juta dari lima syarikat antaranya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, UMW Holding Berhad dan Worldwide Holding Berhad, bagi tahun kewangan berakhir 2016.
Image may contain: 7 people, people standing
Pada majlis yang sama juga, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam ucapannya berkata LZS mengagihkan RM33 juta bantuan zakat untuk keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Selangor sempena Ramadan ini.

“Daripada jumlah itu, RM10 juta diagihkan kepada 13,567 asnaf fakir, RM21.7 juta kepada 29,841 keluarga asnaf miskin dan RM1.2 juta kepada 2,637 asnaf mualaf,” demikian menurut Adzib.

Be the first to comment