36 SISWA DIREMAN: Pegawai Kadet Mati Didera

xhishammuddin-parlimen-681x454.jpg.pagespeed.ic.qklWVxrQm6

“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk jalankan siasatan dalam kadar segera. Tiada siapa yang akan terlepas dari tindakan undang-undang, jika didapati bersalah”, demikian tegas Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein di laman mikro twitter beliau.

Hishamuddin mengulas kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dipercayai mati didera. dengan sterika wap.

image (1)

Zulfarhan Osman 21 tahun, merupakan mahasiswa UPNM Tahun 3 di bidang kejuruteraan elektrik.

Dia disahkan mati jam 10 malam tadi (semalam) oleh Hospital Serdang akibat didera dengan sterika wap di bahagian dadanya selain terdapat tanda-tanda lebam di bahagian lain tubuhnya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Assisten Komissioner Fadzil dipetik Utusan Online mengesahkan 36 orang mahasiswa ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (tuduhan membunuh).

Dari 36 mahasiswa yang ditahan tersebut, 32 darinya merupakan mahasiswa UPNM dan selebihnya dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), kesemuanya berusia antara 20 dan 21 tahun.

Insiden ini mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat sejauhmana mahasiswa mampu menjadi pewaris negara.

Media massa sebelum ini seringkali memaparkan aktiviti-aktiviti anti-establishment dan anti nasional yang diceburi oleh golongan mahasiswa, yang tidak selari dengan keutamaan sebagai pelajar.

Advertisements

Be the first to comment