ROHINGYA BERBUKA PUASA: NGO Belanja RM3000 Sehari

Pertubuhan Amal dan Kemanusiaan Selangor membelanjakan tidak kurang RM3000 sehari bagi juadah berbuka puasa kepada etnik Rohingya di sekitar Selayang Baru, Selangor.
 
Etnik Rohingya yang mendapat manfaat dari program amal ini dianggarkan berjumlah antara 500 ke 600 orang. ROHINGYA SELAYANG BARU BERBUKA
 
Pertubuhan tersebut mengamalkan konsep gotong-royong bagi menjimatkan kos dan penyediaan serta edaran juadah berbuka puasa bermula seawal jam 4 petang.
 
“Memberi makanan kepada orang berpuasa itu besar pahalanya apatah lagi kepada mereka yang memang tiada kemampuan untuk ke bazar membeli makanan,” jelas salah seorang etnik Rohingya yang juga pemegang kad UNHCR, Rafiq Ismail.
 
Rafiq 42, juga merupakan Pengetua Sekolah Pelangi Kasih menyatakan bahawa hidup ditindas di negara asal (Rohingya) serta tidak boleh menjalankan ibadah menyebabkan ada antara mereka yang tidak mengenali agama.
 
“Jika kita ada ilmu agama menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan akidah mereka. Tak mahu nanti semasa akhirat perkara itu dipersoalkan,” tambah Rafiq lagi.
Sejumlah Imigran Rohingya berbuka puasa bersama pada hari pertama bulan suci Ramadan di tempat penampungan sementara Desa Bayeun, Kecamatan Rantoe Seulamat, Kabupaten Aceh Timur, Aceh, Kamis (18/6)
Menurut Rafiq lagi;
“Ada antaranya yang telah berusia 13 tahun masih tidak mampu membaca Al-Fatihah. Melalui penubuhan Sekolah Pelangi Kasih ini adalah peluang memberikan pendidikan sempurna dan ilmu agama.”

Be the first to comment