PENGANJUR BATAL JERUSALEM’S JUBILEE

Desakan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, 32 laporan polis serta nasihat polis mungkin antara sebab pembatalan Jerusalem’s Jubilee pada 15-18 Jun 2017.

Penganjur perhimpunan Jerusalem’s Jubilee akhirnya membuat keputusan membatalkan perhimpunan tersebut setelah berbincang dan mendapat nasihat dari pihak polis.

Perhimpunan yang disifatkan oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu sebagai perhimpunan ulangtahun penjajahan ke 50 Israel ke atas Palestin dianggap oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai perhimpunan aman penganut agama Yahudi dan Kristian.

RUSLAN KASSIM 1 20170605_195810

Ketua Penerangan PERKASA, Dato’ Hj. Ruslan Hj. Kassim membidas perhimpunan itu dan menganggapnya bercanggah dengan Perkara 3 “Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan” dan Perkara 10 serta Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya telah memanggil pihak penganjur dan hasil perbincangan, penganjur telah membuat keputusan sendiri membatalkan perhimpunan itu yang dijadual di Cheng pada 15 hingga 18 Jun.

Menurut Abd Jalil;
“Pihak polis telah memberikan nasihat sebaiknya kepada pihak penganjur dan kemudian penganjur membuat keputusan untuk membatalkan program tersebut,” demikian dipetik oleh agensi berita nasional BERNAMA.

Selain dari 32 laporan yang diterima polis, YAB Ketua Menteri Melaka juga menegasakan siang tadi bahawa pihaknya tidak pernah menerima apa-apa permohonan dan meluluskan program tersebut di samping menggesa penganjur perhimpunan Jerusalem’s Jubilee agar membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Advertisements

Be the first to comment