BAHANA KAHWIN CAMPUR: Jenazah Anak Jadi Rebutan

JAKARTA 7 Jun – Impak perkahwinan berlainan agama di Indonesia telah menyebabkan suasana kecoh antara penganut beragama Islam dan Kristian kerana berebutkan seorang jenazah.

Ianya berpunca dari kematian Yana Zein, seorang artis Indonesia di mana bapanya merupakan seorang Muslim sementara ibunya penganut agama Kristian.

Bapa Yana, Nurzaman Zein dipercayai melawat jenazah anaknya di Hospital RS Fatmawati dan menegaskan bahawa anaknya akan disemadikan mengikut tatacara pengkebumian seorang Muslim.

Beliau  yang hadir ditemani beberapa sahabat karib  melaungkan azan dan membaca satu surah al-Quran pada jenazah anaknya seraya menegaskan anaknya seorang Muslim, dan tiada seorang pun berhak membantahnya.

FB_IMG_1496842138681Bekas isteri beliau, Swetlana Zein membantah dan berlaku sedikit kekecohan antara keluarga kedua ibubapa artis tersebut.

Kekecohan tersebut tidak lama apabila bekas kekasih arwah,  Steve Emmanuel,  tampil membuat pengakuan bahawa artis yang menghidap penyakit barah tahap empat itu sudah pun mengucap dua kalimah syahadat, sebelum meninggal dunia.

Jenazah akhirnya disemadikan mengikut tatacara kematian seorang Muslim dan dikebumikan di Bulak Leebar, Cinere, Depok, pada usia 44 tahun. 

Insiden ini wajar menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia yang dilihat cenderung ke arah ideologi pluralisme dan kebebasan beragama tanpa sekatan.

Advertisements

Be the first to comment