KES RASUAH GLC: Empat ‘Datuk’ Direman SPRM

PUTRAJAYA, 7 Jun – Pengerusi, Setiausaha, Bendahari sebuah syarikat berkaitan kerajaan (koperasi GLC) dan seorang pemilik syarikat pembekalan  adalah antara empat orang yang bergelar ‘Datuk’ yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rasuah koperasi GLC: 6 termasuk 4 bergelar 'Datuk' direman - SPRM

Mereka ditahan reman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan koperasi tersebut.

Selain dari mereka, turut direman adalah salah seorang ahli lembaga pengarah koperasi tersebut dan seorang penjawat awam yang juga merupakan isteri kepada salah seorang dari mereka.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selama lima hari mulai hari ini bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan di bawah Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009.

Keenam-enam individu tersebut yang berusia antara 42 hingga 68 tahun, tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9.45 pagi dan ada di kalangan anggota keluarga mereka yang menangis sebaik melihat ketibaan enam individu tersebut. Difahamkan, tiga daripada enam indvidu tersebut juga menangis ketika merayu memendekkan tempoh reman dengan alasan mempunyai masalah kesihatan dan ingin menyambut bulan Ramadan bersama keluarga.

Media massa melaporkan semalam bahawa keenam-enam individu tersebut ditahan di sekitar Lembah Klang kerana disyaki memperdaya tidak kurang daripada 450 anggota koperasi di bawah naungan mereka, yang menghasilkan komisyen ratusan ribu ringgit bagi anggota-anggota lembaga berkenaan.

Keenam-enam suspek tersebut dipercayai memperdaya anggota-anggota koperasi berhubung suatu skim pinjaman dan melabur dalam syarikat MLM yang didaftarkan di bawah naungan ahli-ahli lembaga pengarah berkenaan.

Di samping itu mereka juga disyaki menyalah guna kuasa dengan berpakat bersama seorang individu sebuah syarikat pembekal barang-barang keperluan pengguna bagi membolehkan koperasi berkenaan membeli terlebih dahulu barangan daripada syarikat pembekal sebelum menjualnya semula kepada syarikat pembekal yang sama.
SPRM menahan enam individu disyaki rasuah dan salah guna kuasa melibatkan koperasi GLC yang menddaftar peminjam dalam syarikat MLM. — Foto fail
Pihak SPRM mendakwa bahawa  transaksi tersebut berlaku hanya di atas kertas sahaja apabila anggota koperasi mahu membeli barangan itu, mereka perlu membuat pinjaman koperasi dan syarikat pembekal akan menjual barangan kepada anggota berkenaan.

Selepas dari itu, pihak pembekal akan mengeluarkan invois tuntutan bayaran kepada koperasi berkenaan.

Rasuah disyaki berlaku apabila syarikat pembekal menjual pada harga tinggi kepada koperasi dan syarikat itu menggunakan sebahagian daripada keuntungan untuk membayar kepada ahli-ahli lembaga koperasi yang terlibat, demikian dakwa SPRM.

Be the first to comment