SATE ANJING DAN KUCING DI BAZAAR RAMADHAN: Singapura Tampil Penjelasan


SINGAPURA – Kerajaan  Singapura menafikan dakwaan netizen di media sosial bahawa  seorang peniaga Indonesia beragama Islam  ditahan  menjual sate kucing dan anjing di Geylang Raya Bazaar.

IMG-20170607-WA0263Sambil menyifatkannya sebagai laporan palsu, Kementerian Kesihatan Singapura telah menahan seorang peniaga  yang menjual daging tidak halal setelah penggunjung bazaar curiga dengan sate   yang dijualnya.

IMG-20170607-WA0261Gambar peniaga lelaki yang ditahan itu juga menjadi tular di media sosial Malaysia.

Apa yang terjadi sebenarnya adalah, kerajaan  Singapura telah menahan beberapa pekerja  makanan warga asing yang bekerja tanpa izin, bukannya melibatkan kes  daging dendeng yang dihidangkan  tidak halal, dijadikan sate dan  dijual di Geylang Raya Bazaar, Singapura.

IMG-20170607-WA0262Dipercayai seramai 22 orang pekerja  makanan warga asing ditahan Kementerian Tenaga Kerja Singapura dalam operasi yang dilakukan bersama polis  dan National Environment Agency (NEA) pada Selasa 30 Mei.

“Penyelidikan masih dilakukan, namun masyarakat diingatkan untuk tidak langsung percaya pada rumor yang tersebar di media sosial tanpa memeriksa kebenarannya terlebih dahulu,” demikian kenyataan pihak berkuasa di sana.

Isu sate anjing dan kucing menjadi tular di media sosial Malaysia dan menimbulkan salah faham orang ramai  hinggakan banyak  pihak meminta saudara mara dan kenalan mereka yang berkunjung ke Singapura, mengelakkan diri  dari pergi ke bazaar Ramadhan Geylang Raya, dibimbangi terbeli sate daging dan kucing.

Sejauhmana kebenaran dakwaan kerajaan Singapura dan orang ramai dalam perkara ini tidak dapat disahkan kebenaranya. 

Advertisements

Be the first to comment