BUNUH SUAMI JIKA JERIT – Mangsa Rogol

“Mangsa diugut jika dia menjerit, suaminya yang sedang tidur di ruang tamu rumah itu akan dibunuh,” demikian kenyataan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Assiten Kommisioner Mohd Yusof Mamat kepada Berita Harian.

Kejadian berlaku di Kampung Rantau Panjang, Klang di mana sebuah rumah dipecah masuk tiga orang penjenayah  dan seorang wanita dirogol di saat suaminya sedang tidur di ruang tamu.

Kejadian yang berlaku jam 4 pagi semalam dipercayai dilakukan oleh tiga lelaki Indonesia dengan memecah masuk melalui tingkap yang diumpil  jerijinya.

umpilaa.jpg.transformed

Menurut Mohd Yusof lagi;  “Seorang suspek dipercayai warga Indonesia memintanya mendiamkan diri dan tidak menjerit sebelum mangsa dirogol manakala dua lagi suspek berada di luar bilik.”

Selepas suspek melarikan diri, mangsa mengejutkan suaminya dan memaklumkan kejadian itu.

Sebaik sahaja dimaklumkan mangsa, suami serta jiran tetangga cuba mengejar ketiga-tiga suspek, namun gagal.

“Mangsa turut mengadu dia diacukan pisau oleh suspek,” tambah Mohd Yusof lagi.

Suami mangsa akhirnya membuat pemeriksaan di sekitar kawasan rumah dan menemui kesan umpil di bahagian tingkap dapur rumah itu.

“Mangsa kemudian menyedari beg duit berisi kad pengenalan dan wang tunai berjumlah RM300 turut dilarikan,” jelas Mohd Yusof lagi.

Mangsa akhirnya  dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bagi pemeriksaan dan disahkan trauma.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 kanun sama.

Advertisements

Be the first to comment