ROMBAK JAKIM: Othman Bidas Zaid

PUTRAJAYA 8 Jun – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Othman Hj. Mustapha hari ini membidas kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang mahu YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar merombak jabatan agama tersebut.

ROMBAK JAKIM

Hj. Othman merujuk kepada kenyataan oleh Datuk Zaid Ibrahim yang dipetik dari laman sesawang Free Malaysia Today bertarikh 7 Jun 2017 yang bertajuk “Rombak Jakim, bukan ulangi ceramah ‘Islam sebenar’, Najib diberitahu.”

Menurut Hj. Othman; “JAKIM ditubuhkan bagi melaksanakan mandat Majlis Raja-Raja selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam Agama Bagi Persekutuan. Penubuhan JAKIM telah terbukti berjaya menjalankan peranannya dengan cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan ummah demi mencapai kebahagian hidup dunia dan akhirat.”

KP JAKIM

Kenyataan media Hj. Othman tersebut turut menyatakan juga bahawa JAKIM  telah berjaya melaksanakan banyak perkara dalam penyelarasan dan penyeragaman dalam urusan hal ehwal Islam yang dilaksanakan oleh negeri-negeri, terutamanya berkaitan undang-undang, pentadbiran dan pendidikan Islam.

Zaid didakwa melemparkan juga tuduhan bahawa agamawan telah mengamalkan budaya memaksa dan mengugut.

Pernyataan Zaid tersebut disanggah dan dibidas oleh Hj. Othman sebagai kenyataan yang tidak benar dan menyimpang dari realiti orang beragama dan memberi imej yang buruk terhadap golongan ulama di negara ini.

Selain menegaskan bahawa ulama’  merupakan  pewaris para Nabi dalam membimbing ummah kearah jalan yang benar, Hj. Othman juga menegaskan bahawa para ulama’ menyeru ke arah kebaikan dan melarang kejahatan.

Justeru itu, JAKIM  menyeru semua pihak agar banyak bermuhasabah terutama dalam bulan Ramadhan yang mulia ini bukannya menimbulkan perkara-perkara yang tidak harmoni.

Sebahagian pihak menganggap serangan Zaid terhadap JAKIM merupakan usaha terdesak beliau untuk menempatkan diri menjadi calon pilihanraya kepada sebuah parti politik anti Islam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s