KAWAL INFLASI: Contohi Malaysia, Kata Gabenor Bank Pusat Indonesia

GABENOR BANK INDONESIA (BI)  menyarankan agar kerajaan menggubal pengendalian harga barangan melalui mekanisme penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang diamalkan oleh Malaysia sejak 1946.

Gabenor Bank Indonesia (BI) Agus Martowardojo menyarankan demikian bagi mengawal inflasi di negara tersebut.

AGUS MARTOWARDOJO

Menurut Agus, undang-undang kawalan harga tersebut merupakan langkah susulan setelah perasmian Pusat Informasi Harga Pangan Strategis (PIHPS) hari ini.

Agus menyatakan bahawa sejak 1946 lagi Malaysia sudah pun mengubal undang-undang Akta Kawalan Harga dan disusuli dengan  Akta Kawalan Perbekalan 1961 yang diwartakan pada 1961.

Kedua-dua undang-undang tersebut mengekang dan menyekat para pengeluar, pemborong dan peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati mereka.

Menurut Agus lagi; “Kami sangat usulkan supaya ada UU Harga Pangan (barangan). Jadi ada semacam pengendali harga (kawalan harga),”  ketika merasmikan IHPS di Gedung BI, Jakarta, hari ini.

Mengulas saranan Agus tersebut, Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Darmin Nasution menyokong idea tersebut kerana ia dapat membantu kerajaan mengendalikan inflasi.

“Mestinya ke sana (pengendalian/kawalan harga) juga,” kata Darmin.

Namun demikian, Darmin menyatakan bahawa untuk merealisasikan undang-undang sedemikian memerlukan masa disebabkan kerajaan Indonesia dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mempunyai keutamaan lain.

“Kami perlu selesaikan dulu beberapa hal penting yang bisa diselesaikan, salah satunya dengan PIHPS ini,” ujar Darmin.

PIHPS merupakan pusat maklumat yang menyajikan harga 10 barangan komoditi strategis seperti beras, daging lembu, daging ayam, telur ayam, cili, bawang, minyak masak dan gula pasir.

JAKARTA MARKETPIHPS menyediakan  data yang diperolehi  dari 164 buah pasar tradisional di 34 provinsi mulai pukul 09.00 pagi WIB hingga 11.00 pagi WIB.  Selepas dari itu, data-data tersebut akan disahkan oleh Bank Pusat Indonesia mulai jam 10.00 pagi WIB hingga 12.00 tengahari WIB  dan diwartakan kepada awam mulai jam 1.00 petang WIB.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s