Kerajaan Tampung Peningkatan Subsidi Haji Hampir RM60 Juta

MELAKA 13 Jun – Beliau berkata tahun lalu, jumlah subsidi haji yang ditanggung adalah sekitar RM180 juta bagi memastikan bayaran haji bagi setiap jemaah Malaysia kekal pada RM9,980. TH MELAKA BERBUKA 2017 - 2

“Tahun ini ada peningkatan iaitu daripada RM180 juta kepada lebih RM230 juta, penambahan mendadak hampir RM60 juta.  Jumlah inilah yang ditanggung oleh kerajaan yang memberi subsidi RM9,750 kepada setiap jemaah,” demikian dinyatakan oleh Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Rahim.

Menurut Azeez lagi; “Setakat ini (ada) lebih 30,000 jemaah haji Malaysia dan angka ini dijangka mencecah 40,000 sekiranya kita mendapat kuota tambahan pada saat akhir.”

Azeez menyatakan demikian kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih Ramadan 2017 Yayasan Tabung Haji yang bermula di Tangga Batu, Melaka dan disempurnakan di Seri Bendahara, Melaka.

Yayasan TH memperuntukkan RM300,000 untuk diagih kepada 131,000 rakyat di 67 kawasan parlimen di seluruh negara sebagai bantuan menyambut Aidilfitri dan  akan disalurkan secara berperingkat kepada umat Islam tanpa mengira fahaman politik seiring dengan program Jom Bantu Rakyat yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada program kali ini, seramai 1,500 penduduk di kawasan Parlimen Bukit Katil menerima sumbangan wang tunai  RM200 seorang sebagai bantuan menyambut Aidilfitri. TH MELAKA BERBUKA 2017 - 2

Turut hadir dalam program tersebut adalah YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Hj. Idris Hj. Haron dan Tan Sri Mohd. Ali Rustam.

 

 

 

Advertisements

Be the first to comment