Putrajaya Muncul Pusat Percetakan Al-Quran Kedua Terbesar Di Dunia

“Kerajaan melalui pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sememangnya mempunyai iltizam dan komitmen yang tinggi dalam menjadikan kompleks tersebut sebagai pusat percetakan terulung di Asia Tenggara dan seluruh dunia,” demikian ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,  pada 21 Mei 2017 lalu.

PUSAT TAHFIZ P14 PUTRAJAYA 1Hari ini ia telah menjadi kenyataan dan Zahid telah memulakan secara rasmi operasi percetakan Nasyrul Quran (pusat percetakan al-Quran) di Precint 14 Putrajaya,  pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah, Arab Saudi.

Nasyrul Quran dipengerusikan oleh YB Mejar  Jeneral Datuk Seri  Jamil Khir Baharum sementara Timbalan beliau adalah YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan dan Dato’ Abdul Latif Mirasa selaku Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO).

PUSAT TAHFIZ P14 PUTRAJAYA 2“Di Nasyrul Quran Putrajaya, kami berhasrat utk mencetak 1 juta mushaf al-Quran pelbagai saiz dalamasa  setahun untuk disebar secara percuma di Malaysia dan umat Islam minoriti di seluruh dunia,” demikian kenyataan Timbalan Pengerusinya, YB Datuk Hj. Ahmad Maslan kepada ASPIRASI PERDANA.

“Nasyrul Quran juga mengalu-alukan sebarang sumbangan secara wakaf. Mudah-mudahan usaha ini diberkati dan dibantu oleh Allah s.w.t.” tambah beliau lagi.

Ahmad Maslan yang juga salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Restu yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Abdul Latif Mirasa merupakan antara tulang belakang pelaksanaan  pengeluaran 9 mushaf al-Quran tulisan tangan berhias penuh yang  dicetak di Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa Shah Alam, sejak 17 tahun lalu.

 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s