ZAKAT KEDAH TERUS CAKNA BANTU UMMAH

Dianggarkan sebanyak RM776,000 dibelanjakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)  melalui bantuan Jayadiri bagi mengubah nasib asnaf miskin di seluruh negeri, demikian dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK,  Zakaria Othman.

FAKIR POKOK SENA 4“Bagi tahun 2016 sahaja,  peruntukan bantuan Jayadiri diberikan kepada  388 atas tanda keprihatinan membela nasib mereka”,  jelas Zakaria.

Menurut Zakaria lagi; “Alhamdulillah, jumlah agihan kepada asnaf miskin meningkat sebanyak 35 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pada 2015, sebanyak RM572,000 diagihkan kepada 244 penerima bantuan Jayadiri.”

Selain dari bantuan Jayadiri, LZNK juga tidak ketinggalan membantu asnaf dan mereka yang layak, samada dari aspek bantuan makanan bulanan atau pun pembinaan tempat kediaman.

Kisah sebuah keluarga miskin yang tinggal menetap dalam sebuah kebun getah di Pokok Sena yang menjadi tular di media sosial juga mendapat perhatian LZNK.

Keluarga Che Rus Bt Awang Bu dari Kg Mata Air, Bukit Payong Pokok Sena, mendapat perhatian dan dikunjungi oleh pegawai dan kakitangan LZNK, pagi tadi. FAKIR POKOK SENA 2

Che Rus dan anak-anaknya baru sahaja kehilangan ketua keluarga mereka akibat kemalangan jalanraya.

Mereka sebenarnya telah setahun mendapat Bantuan Makanan Bulanan dari LZNK Cawangan Pokok Sena akibat dari kedhaifan dan kemiskinan.

Sumber LZNK memaklumkan bahawa kediaman asal keluarga tersebut bukanlah di kebun getah (sebagaimana yang tertera pada gambar ini), sebaliknya di tempat lain yang berhampiran.

Arwah suami Che Rus dipercayai pernah memohon Bantuan Bina Rumah tetapi  wujud masalah geran dan bantuan tidak dapat diberikan. FAKIR POKOK SENA 3

Atas keprihatinan dan sifat cakna para pegawai dan kakitangan zakat serta pihak-pihak lain yang membantu,  masalah status tanah telah selesai dan permohonan keluarga Che Rus untuk Bantuan Bina Rumah berjumlah RM43,000.00 akan dipertimbangkan oleh LZNK Cawangan Pokok Sena.

 

Justeru itu, amatlah wajar jika kita sama-sama menggembeling usaha dan tenaga serta menggalakkan syarikat-syarikat korporat dan usahawan-usahawan tampil menunaikan zakat kepada pihak berwajib agar program bantuan seperti ini dapat ditingkatkan lagi dari masa ke semasa.

 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s