Lee Hsien Yang Siap Sedia Tinggalkan Singapura

Lee  Hsien Yang dan isteri beliau Lee Suet Fern dilaporkan sedang bersiap sedia untuk meninggalkan Singapura.

Hsien Yang merupakan adik lelaki kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan juga pengerusi Pihak Berkuasa Awam Penerbangan Awam republik itu.

Semalam, isteri beliau Lee Suet Fern dilawati oleh wartawan portal berita The Straits Times  Singapura di kediaman pasangan tersebut di saat beliau dan isterinya dalam proses untuk meninggalkan Singapura. 

Ketika ditanya wartawan, Suet Fern yang juga merupakan seorang peguam korporat menyatakan bahawa beliau sedang bersiap-siap untuk ke pejabatnya di Morgan Lewis Stamford dan memaklumkan bahawa suaminya tiada di rumah tetapi berada di pejabat.

Suet Fern bagaimanapun enggan menjelaskan bila dan ke mana halatuju mereka untuk meninggalkan Singapura.

LEE SUET FERNKedua-dua pasangan suami isteri tersebut terbabit dalam sengketa keluarga dengan Hsien Loong,  di mana Hsien Yang dakwa telah menyalahgunakan kedudukannya bagi kepentingan peribadi.

Dakwaan terhadap Hsien Loong itu dibuat oleh Hsien Yang dan adik perempuannya Dr Lee Wei Ling dan dimuatnaik di laman Facebook ketika Perdana Menteri Singapura itu berada di luar negara.
Hsien Yang menyatakan beliau  terpaksa meninggalkan negaranya, keputusan yang menyedihkan hati  disebabkan bimbang  abangnya memerhati setiap tindakannya dan bakal menggunakan jentera kerajaan  untuk menghadapi diri dan isterinya.
Membalas kenyataan Hsien Yang tersebut, Hsien Loong menzahirkan kekecewaannya kerana mereka memilih untuk menghebahkan sengketa keluarga kepada umum dan  berasa sangat sedih atas dakwaan-dakwaan mereka. 
Hsien Yang dan adiknya Dr Lee Wei Ling menyatkan bahawa  mereka sudah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Singapura itu.
Antara lain, mereka  mendakwa sejak kematian ayah mereka Lee Kuan Yew pada 23 Mac 2015 terdapat perubahan dalaman  Singapura yang tidak mencerminkan aspirasi mendiang, terutamanya berhubung pertikaian lama tentang masa depan rumah ayah mereka di 38 Oxley Road.
Hsien Yang dan Wei Ling merupakan pemegang amanah bersama harta peninggalan Kuan Yew.
Setelah Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling menerbitkan kenyataan mereka di Facebook pada jam 2 pagi, anak lelaki sulung Lee Hsien Yang, Dr Li Shengwu juga menerbitkan kenyataan di akaun Facebooknya.
LI SHENGWU
Advertisements

Be the first to comment