1MDB: DOJ Ulangi Skrip Tahun Lepas

Satu petisyen telah difailkan oleh pendakwaraya di mahkamah Amerika Syarikat semalam untuk membekukan hasil lukisan Picasso, sebuah kondominium mewah di Manhattan dan hakcipta filem ‘Dumb and Dumber To’, sebagai sebahagian dari penyiasatan mereka ke atas penggubahan wang haram global.

Menurut portal berita BBC News, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa lebih dari  USD 4.5 billion  (£3.5 billioj) dicuri dari 1MDB oleh mereka yang ada kaitan dengan Perdana Menteri Malaysia dan sekutu-sekutunya.

Mengulas tindakan terbaru DOJ tersebut, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi  Ali menegaskan bahawa pihaknya mengambil perhatian berhubung tindakan undang-undang sivil terbaharu oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Apandi juga menzahirkan kekecewaan beliau kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) sendiri tidak dimaklumkan oleh DOJ dan beliau menganggap ia sebagai tindakan ulangan sempena ulangtahun pertama tindakan DOJ terhadap 1MDB pada Jun 2016 lalu.

Skandal 1MDB juga telah menghasilkan penyiasatan sekurang-kurangnya lima negara termasuk Singapura, Hong Kong dan Switzerland tetapi tiada mana-mana individu samada pengurusan tertinggi atau kakitangan 1MDB yang dihadapkan di mahkamah apatah lagi didapati bersalah.

1MDB sendiri sebagai entiti pelaburan strategik negara juga tidak pernah didakwa di mahkamah oleh mana-mana pihak berkuasa yang menjalankan siasatan, samada dari Malaysia, Amerika Syarikat, Singapura, Hong Kong dan New Zealand.

Malahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara (JAN) juga pernah menjadikan 1MDB sebagai subjek siasatan mereka dan sehingga kini tiada mana-mana pihak dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah laku dan penyelewengan.

Menurut Apandi lagi; “Kami juga mendapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewengan dana daripada 1MDB.”

Malah, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara konsisten menafikan melakukan sebarang  penyelewengan dan hasil siasatan pihak berkuasa Malaysia juga telah membersihkan beliau dari sebarang salah laku dan penyelewengan.

Sebelum itu, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin dalam satu kenyataan berkata bahawa kerajaan akan memberikan kerjasama dalam apa jua siasatan berlandaskan undang-undang  (dalam isu 1MDB)  tetapi menegaskan bahawa dakwaan-dakwaan DOJ masih belum dibuktikan.

Sharifuddin juga menegaskan terdapat “unnecessary and gratuitous naming” dalam kes ini.

Menurut beliau, “Malaysia tegas mendokong  prinsip ketelusan dan urustadbir baik kerajaan.  Ia juga bermaksud memastikan setiap dakwaan mempunyai asas yang kukuh berbanding dengan spekulasi dan persepsi negatif  yang ditimbulkan oleh ahli-ahli politik pakatan pembangkang.”

Kesimpulannya, DOJ hanya mengulangi skrip yang sama pada tahun lepas berdasarkan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh para pengadu TANPA SEBARANG BUKTI DAN PENDAKWAAN  ke atas 1MDB dan individu-individu yang berkepentingan.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s