Advertisements

NAHAS HAWK 108: Raja Dan Pemimpin Ucap Takziah

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga mangsa nahas pesawat pejuang Hawk 108 yang terbunuh petang tadi.

Najib melalui laman mikro twitter beliau menyatakan ucapan takziah tersebut sambil memaklumkan suatu siasatan terperinci bakal dilaksanakan  bagi menyiasat nahas yang mengorbankan dua juruterbang  pesawat tersebut. NAJIB UCAP TAKZIAH

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata bahawa beliau telah mengarahkan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) agar suatu siasatan  terperinci diadakan bagi menyiasat nahas tersebut.

Menurut Hishammuddin;  “Saya telah arah @airforcenextgen jalankan siasatan terperinci dengan kadar segera bagi kenal pasti punca nahas #Hawk108.”

Laporan Sinar Harian pula menyebut bahawa pesawat tersebut berlepas dari  Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan setengah jam kemudian.

Kedua-dua juruterbang berkenaan ditemui meninggal dunia jam 2.30 petang selepas cuba menyelamatkan diri menggunakan payung terjun kecemasan dan mayat mangsa ditemui di sebuah kawasan hutan paya di Chukai.

Sementara itu  Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Iskandariah dilaporkan mencemar duli menziarahi waris kedua-dua mangsa nahas Hawk 108  di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sekitar jam 10.00 malam tadi.

TENGKU AMPUAN PAHANG DI HTAA
Tengku Puan Pahang, Tunku  Azizah Maimunah Iskandariah menenangkan anak Mejar Yazmi Mohd Yusof , Mikail  Adam Riaz 11, ketika tiba di Unit Forensik HTAA, Kuantan. – Sumber BHOnline

Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua TUDM tiba di perkarangan HTAA dan disambut oleh anakanda baginda yang juga Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum meluangkan masa bertemu dengan waris kedua-dua juruterbang tersebut.

 

Advertisements

Be the first to comment

%d bloggers like this: