PDRM DAN PERKEP RAI ANAK YATIM

KUALA LUMPUR 17 Jun  –  Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan kira-kira 40 orang anak yatim dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di ibukota semalam.

Majlis yang berlangsung di Masjid Bukit Aman petang semalam menyaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim  menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan hari raya berupa duit raya dan barangan persekolahan.

PDRM PERKEP

 

Antara lain sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan penerima bantuan tersebut yang bakal menyambut kedatangan syawal tidak lama lagi.

Seusai majlis penyampaian sumbangan, semua hadirin, jemputan dan tetamu menikmati juadah berbuka puasa sebelum masing-masing menunaikan solat Maghrib, Isyak, tarawikh, tahlil dan doa selamat bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan.

IGP AND DEPUTYTurut hadir  Majlis Berbuka Puasa Ketua Polis Negara Bersama Warga Polis Diraja Malaysia ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dan isteri, Puan Sri Datin Sri Syahriza Binti Saad @ Mansor, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Ahli-ahli PERKEP, dan Pesara-pesara polis.

Diangarkan 400 orang tetamu terdiri daripada warga kerja PDRM hadir pada majlis ini.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s