Tarif Dan Rebat Elektrik Naik

KUALA LUMPUR 30 Jun – Kadar tarif elektrik dan rebat tetap  mengalami kenaikan seawal 2018 sekiranya kerajaan tidak mahu berterusan menanggung kos subsidi sebanyak RM1.303 billion.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili bagaimana pun menyatakan bahawa kabinet telah bersetuju tiada sebarang kenaikan tarif dan rebat mulai hari ini, 1 Julai hingga 31 Disember 2017.

Keputusan kabinet yang diputuskan pada 21 Jun 2017 itu bagaimana pun tidak menghalang Tenaga Nasional Bhd (TNB), mengumumkan di Bursa Malaysia kos keseluruhan dengan subsidi Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) 2.54sen k/Wj, yang perlu ditanggung oleh kerajaan sepanjang enam bulan ini sehingga akhir tahun.

Menurut TNB, kos ketidakseimbangan sebenar sepanjang  Januari hingga Jun 2017 adalah  RM523.23 juta, mengakibatkan surcaj 1.02 sen/kWj, disebabkan kenaikan harga arang batu dalam pasaran global dan kesan kadar pertukaran asing ke atas ringgit.

Selain dari itu, kos tambahan gas sebanyak RM280 juta,  pelan rasionalisasi subsidi kerajaan (dalam keputusan untuk menaikkan lagi harga gas berpaip sebanyak RM1.50/mmBTU kepada sektor tenaga daripada RM21.20/mmBTU kepada RM22.70/mmBTU),  juga merupakan faktor penyumbang kenaikan kos, menurut  TNB.

Harga gas baharu itu RM22.70/mmBTU akan berkuatkuasa mulai 1 Julai, 2017.

Kos itu akan mengekalkan rebat ICPT semasa pada 1.52 sen/kWj yang berjumlah RM780 juta.

Kerajaan akan membiayai RM1.303 bilion dengan menggunakan Dana Hasil Rundingan Semula Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA). 

PPA merupakan dana yang diwujudkan bagi  mengumpul penjimatan hasil  rundingan semula perjanjian pembelian kuasa dengan generasi pertama penjana kuasa bebas (IPP).

Antara lain,  dana tersebut bermatlamat meringankan kesan tarif kepada pelanggan disebabkan harga bahan api yang tidak menentu

Rebat 1.52 sen/kWj  akan dikenakan kepada semua pelanggan, kecuali pengguna tempatan dengan penggunaan bulanan 300 kWj dan ke bawah.

ICPT merupakan  mekanisme yang diluluskan kerajaan dan telah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga, sejak 1 Jan, 2014, sebagai sebahagian daripada pembaharuan kawal selia meluas yang dipanggil Pengawalseliaan Berasaskan Insentif.

Mekanisme ICPT membenarkan  TNB menyerap perubahan kos bahan api dan penjanaan dalam tarif elektrik selang enam bulan sekali, bergantung kepada kelulusan kerajaan.

Pelaksanaan ICPT tidak memberi sebarang impak kepada TNB samada dari aspek operasi perniagaan atau kedudukan kewangan.

Advertisements

Be the first to comment