Vietnam Larang Guna Motosikal Menjelang 2030 

Kerajaan Vietnam akan melarang penggunaan motosikal menjelang 2030 bagi mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan kesesakan berikutan pertambahan bilangan kenderaan dua roda di ibu kota negara itu.

Terdapat lima juta penunggang motosikal dalam kalangan tujuh juta penduduk di Hanoi, berbanding separuh juta kereta di jalan raya.


Bagaimanapun, para pengkritik menyalahkan motosikal sebagai penyumbang utama kepada pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas di Hanoi.

Keputusan untuk mengenakan larangan berkenaan diluluskan oleh 95 daripada 96 anggota majlis Hanoi dalam satu mesyuarat semalam.

Sumber:-  AFP 

Be the first to comment