HUKUMAN SEBAT DI KELANTAN: “Produk Pelancongan Baru, Kata Zam”

Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) semalam mendapat kritikan dan sindiran dari Tan Sri Zainuddin Maidin  (ZAM) hari ini.

Beliau yang juga mantan Menteri Penerangan dan sangat rapat dengan Tun Dr. Mahathir juga menjadikan kerajaan pusat serta  Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz sebagai sasaran kritikan.

Menurut ZAM, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz tentulah sangat gembira dengan langkah kerajaan PAS Kelantan hendak melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pesalah RUU355 – Tatacara Hukuman Jenayah Syariah2002 (Pindaan2017) – bila dikuatkuasakan di Kelantan kelak.”

Image result for Tan Sri Zainuddin Maidin

“Ini akan menjadi produk baru pelancongan Malaysia untuk dijual oleh Nazri di luar negara bagi membolehkan orang bukan Islam terutama dari negara maju menyaksikan hukuman ikut cara kuno dan barbaric di sebuah negara demokrasi dan moden Malaysia,” tambah beliau.

Semalam, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata RUU itu merupakan sebahagian dari persiapan pelaksanaan  Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (yang telah dibentangkan di Parlimen) jika ia diluluskan kelak.

Menurut Mohd Amar; “Terdapat 33 fasal dalam RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ini dan semuanya dipinda bagi memperkemaskan hukuman seperti sebat, denda dan beberapa proses teknikal yang lain.

“Contohnya seperti hukum sebat yang kini boleh dilaksanakan di dalam ataupun di luar penjara bergantung kepada keputusan mahkamah. Ia menepati kehendak agama (berkaitan hukuman sebat) sebab hukuman syariah itu mesti dibuat di hadapan khalayak,” katanya.

Tindakan ZAM tersebut dilihat sebagai suatu usaha berterusan beliau meremehkan usaha memartabatkan perundangan Islam memandangkan hukuman sebat sudah pun dilaksanakan di peringkat kerajaan pusat bagi kesalahan jenayah dalam perundangan sivil sejak sekian lama.

Setakat ini kritikan dan sindiran ZAM tersebut masih belum mendapat maklum balas dari mana-mana pihak samada pemimpin kerajaan negeri atau pusat.

Advertisements

Be the first to comment