Khalid Samad Buktikan Pakatan Harapan Anti Islam

SHAH ALAM 18 Julai – Semua gabungan parti-parti Pakatan Harapan mempunyai hak sama rata dan tiada mana-mana parti boleh dianggap sebagai dominan dalam gabungan tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad apabila ditanya wartawan  berkenaan parti manakah yang mengetuai gabungan baru pakatan pembangkang kini.

Kenyataan Khalid semalam mengesahkan bahawa Pakatan Harapan mengiktiraf hak sama rata dan bersetuju dengan pendirian DAP bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara Islam selama ini.

Menurut Khalid, “Setiap parti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Tiada abang besar (dalam pakatan) dan apa sahaja yang diputuskan, mesti dipersetujui bersama. Inilah dasar kita.”

“Inilah budaya politik yang kita mahu bawa bagi menggantikan UMNO Barisan Nasional”, tambah Khalid lagi.

DAP selama ini dilihat pelbagai pihak menentang keras pelaksanaan perundangan Islam dan kini mempunyai hak sama rata bersama Pakatan Harapan, yang memiliki logo mirip sebuah parti sosialis liberal dari Singapura.

Pakatan Harapan wajar mengeluarkan kenyataan yang menentang sebarang pelaksanaan perundangan Islam sebagaimana DAP.

Sekiranya terdapat sebarang kenyataan yang menyokong dan mendokong pelaksanaan perundangan dan syiar Islam dari mana-mana gabungan parti-parti Pakatan Harapan, maka rakyat Malaysia wajar meraguinya.

Advertisements

Be the first to comment