MAYAT PASANGAN HILANG SEJAK 1942 DITEMUI DI BANJARAN GLASIER SWITZERLAND

Mayat sepasang suami isteri yang ditemui sekumpulan peluncur ski menamatkan penantian lebih 75 tahun anak-anak pasangan tersebut untuk menguruskan persemadian jenazah ibubapa mereka.
 
Pasangan tersebut,  Marceline dan Francine Dumoline, ditemui lengkap berpakaian seragam tentera. Kali terakhir mereka dipercayai  dilihat masih hidup adalah pada 15 Ogos 1942.
 
Francine and Marcelin Dumoulin went missing in 1942.
Francine dan Marceline Hilang Sejak 1942
Salah seorang anak pasangan tersebut, Marceline Udry-Dumoulin menyatakan bahawa mayat kedua ibubapanya ditemui pada ketinggian 2,165 meter dari aras laut hasil dari rondaan harian petugas resort berdekatan.
 
Udry yang mewakili tujuh orang adik beradiknya menyatakan bahawa kedua-dua identiti pasangan tersebut akan diketahui selepas menjalani ujian DNA.

Menurut Udry lagi,  mereka adik beradik tidak pernah menjangkakan akan menemui semula ibubapa mereka.

“Kami menghabiskan seluruh hayat kami mencari mereka, tanpa henti dan berputus asa”,  jelas anak bongsu berusia 79 kepada pasangan tersebut.

 

Be the first to comment