Wanita Muda Ditahan Berpakaian Menjolok Mata

Riyadh, Arab Saudi  – Seorang wanita muda mencetuskan kontroversi apabila dia memuatnaik videonya sendiri dalam keadaan berskirt pendek dan berpakaian singkat.

Laporan stesyen televisyen Al Ekhbariya semalam (Selasa) menyatakan bahawa wanita tersebut ditahan oleh pihak berkuasa Riyadh kerana berpakaian  menjolok mata.

Video klip ringkas tersebut yang dimuatnaik di rangkaian sosial Snapchat lebih seminggu lalu oleh seorang pengguna popular  yang bernama Khulood menyaksikan wanita itu sedang berjalan menyusuri sebuah kota lama di Ushayqir, sebuah perkampungan di Najd, kira-kira 95 batu dari Riyadh.

Arab Saudi mengamalkan  undang-undang  syariah yang memerlukan kaum wanita berpakaian menutup aurat tatkala berada di khalayak ramai dengan memakai abaya, hijab atau tudung (kepala) dan diberi pilihan samada untuk memakai niqab (penutup muka) atau sebaliknya.

Secara umumnya, ramai pelancong dan warga asing yang bersetuju dengan undang-undang sedemikian dan mematuhinya.

Bagi mereka (warga asing), “Ia seumpama kita mahu  orang lain untuk mematuhi dan menghormati undang-undang negara yang kita lawati, maka rakyat negara tersebut perlulah mematuhi undang-undang negara mereka sendiri.”

Bagi mereka yang membantah undang-undang tersebut sebagai konservatif pula berpendapat bahawa wanita muda tersebut seorang yang berani kerana melanggar tradisi dan undang-undang selain mengambil contoh lawatan Melanie Trump ke Arab Saudi yang tidak memakai Abaya, Mei lalu.

Malaysia juga tidak ketinggalan mempunyai sejumlah kecil rakyatnya yang berani melanggar pelbagai undang-undang secara terang-terangan, apatah lagi dengan secebis alasan kepelbagaian pendapat, berlainan kefahaman dan keterbukaan dunia tanpa sempadan.

Advertisements

Be the first to comment