TABUNG HAJI TINGKATKAN EKUITI KUASAI FGV

KUALA LUMPUR 19 Julai – Selepas melalui pelbagai cabaran dan fitnah sebagai sebuah entiti pembangunan ekonomi umat Islam, Lembaga Tabung Haji (TH) mengukuhkan pegangan sahamnya ke atas syarikat perladangan terbesar dunia,  Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV).

TH membeli unit-unit tambahan sebanyak 100,000 unit dan meningkatkan penguasaan ekuiti organisasi tersebut kepada 284.55 juta saham atau 7.8 peratus, sekaligus meletakkan organisasi pengurusan haji umat Islam itu di tangga ketiga terbesar dalam FGV.

Dua organisasi lain yang mendahului TH sebagai pemegang saham terbesar FGV adalah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Asset Holdings Company Sdn. Bhd.

Sumber-sumber dalaman TH yang dipetik oleh sebuah akhbar arus perdana menyatakan bahawa pembe­lian tambahan saham tersebut merupakan satu perkara biasa yang dilakukan dalam mana-mana syarikat pengurus dana berdasarkan keadaan pasaran semasa.

“Ia juga merupakan sebahagian daripada langkah strategik TH,”  tambah sumber tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah dipercayai pernah menyatakan bahawa FGV kekal sebagai pelaburan strategik kepada TH serta  menganggap syarikat itu penting kepada pelaburan jangka panjang kumpulan.

Menurut Johan, “Kita melihat FGV sebagai satu pelaburan jangka panjang kerana ia berasaskan kepada perniagaan dalam sektor perladangan.

“Memang pernah satu ketika sahamnya di­niagakan rendah sehingga RM1.40 tetapi kemudian­nya meningkat sekitar RM1.80 dan RM1.90 dan ini memberi keyakinan kepada kami bahawa prestasi FGV akan lebih baik,” tambah beliau.

Semenjak  disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2011, FGV didapati tidak pernah mengalami sebarang kerugian, malah penyata tahunannya senantiasa mencatatkan keuntungan meski pun suasana ekonomi global agak suram dan menghadapi tahun-tahun yang sukar disebabkan oleh pelbagai faktor.

Be the first to comment

%d bloggers like this: