TABAYYUN: Penjelasan Video 27 Pesawat Israel Meletup Ketika Menyerang Masjid Al-Aqsa 

Sebuah rakaman video pesawat-pesawat pejuang meletup di udara tersebar luas di media sosial sejak siang tadi, khususnya di aplikasi whatsapp.

Rakaman video yang didakwa sebagai 27 buah pesawat pejuang Israel meletup ketika menyerang Masjid Al-Aqsa itu tidak dapat dipastikan kesahihannya, malah sehingga kini tiada laporan mengenainya samada dari sumber-sumber rasmi atau media antarabangsa, samada pro Islam atau anti Islam atau media bebas dan berkecuali.

Setakat ini rakaman video tersebut dikenalpasti berasal dari Indonesia serta penerangan video tersebut juga di dalam bahasa Indonesia seperti berikut:-

“`27 pesawat tempur+rudal Zionis Israel menggempur Masjidil Aqsha & daerah permukiman kaum Muslim Filistin. Semua meledak tanpa sebab. Namun para penduduk melihat jelas makhluk terbang seperti burung yg menghalau aksi biadab pasukan Zionis ini. “Burung-burung” itu amat diyakini sbg MALAIKAT! Allohu A’lamu…….wass.BS“`

Tontonilah video tersebut di pautan berikut:-
https://www.youtube.com/watch?v=9E3pC27zkV4

Setelah diselidiki, didapati video tersebut pernah dimuatnaik di laman youtube pada tahun 2014, dan kini dimuatnaik sekali lagi dengan sedikit penambahan rakaman pesawat terhempas.

Klik link di bawah ini yang dimuatnaik pada 2014 sekiranya anda mahukan kepastian dan mencari kebenaran.

https://m.youtube.com/watch?v=8M5_YXwzLPw .

Rakaman video ini telah ditonton lebih 4.3 juta kali dengan pelbagai komen-komen pro dan kontra.

Dalam rakaman video terkini, ternampak bayangan seumpama burung gergasi melibaskan sayapnya pada pesawat-pesawat tersebut.

Segelintir netizen menganggapnya sebagai malaikat, tidak kurang juga yang menyatakan ia adalah kuda putih yang menyerang pesawat-pesawat Israel hingga jatuh terhempas dan meletup.

Laungan ALLAHu AKBAR kedengaran bersahut-sahutan dalam rakaman video tersebut.

Terdapat banyak pendapat netizen pro dan kontra terhadap rakaman video tersebut.

Samada rakaman video tersebut merupakan suatu kisah benar yang baru berlaku atau sebaliknya sebuah propaganda dari pihak-pihak tertentu, belum dapat dipastikan kesahihannya oleh mana-mana negara dan pihak berkuasa.

Umat Islam dinasihatkan agar bersikap tunggu dan lihat serta mengamalkan tabayyun di dalam perkara seumpama ini agar tidak mudah terjebak menyebarkan berita palsu.

Selain bersikap tabayyun, umat Islam digalakkan melipatgandakan amal ibadat dan taqarrub kepada ALLAH swt agar dibukaNYA dan dipermudahkanNYA jalan-jalan penyelesaian isu Masjid Al-Aqsa dan Palestine.

Advertisements

Be the first to comment