IMF Unjur Peningkatan Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2017

KUALA LUMPUR, Julai 24 – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam World Economic Outlook yang dikemaskini pada Julai 2017 melaporkan peningkatan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia dari 4.5 peratus kepada 4.8 peratus bagi tahun 2017.

Ketua Kaunselor Ekonomi dan Pengarah Jabatatan Penyelidikan IMF, Maurice Obstfeld menyatakan bahawa, “Malaysia memiliki dasar yang sangat mantap dalam polisi kewangan… kami optimis di Malaysia”.

Pada suku pertama 2017, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 5.6 peratus,  jauh lebih baik dari jangkaan, kadar yang paling pantas dalam tempoh dua tahun dengan peningkatan terhadap eksport dan pasaran domestik yang tinggi.

Sebelum ini matawang Ringgit Malaysia disenaraikan  sebagai matawang yang paling mantap dan kukuh di rantau Asia setelah mengalami penyusutan nilai sejak 2016.

Ia ekoran langkah-langkah positif yang telah diambil oleh  bank pusat bagi  mengurangkan nilai turun naik ringgit dalam pasaran matawang antarabangsa dan domestik.

IMF mengekalkan unjuran  pertumbuhan ekonomi dunia yang tidak banyak berubah bagi tahun ini.

Meski pun demikian, IMF menilai semula unjuran jangkaan terhadap pertumbuhan ekonomi bagi zon Eropah dan China.

Be the first to comment