Nelayan Hilang Ditemui Maut

ALOR SETAR: Nelayan yang dilaporkan hilang di laut selepas terjatuh dari bot pagi semalam, disahkan maut selepas mayatnya ditemui, sebentar tadi. 

Mayat Mohd Naim Hassan, 21, ditemui bot pasukan penyelamat di kedudukan 2.7 batu nautika dari Kuala Kedah, di sini, pada jam 5.23 petang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor, mengesahkan penemuan itu dan mayat mangsa dibawa ke jeti Kuala Kedah, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, Mohd Naim dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot dinaiki bersama seorang rakan akibat dibadai ombak di kawasan perairan berhampiran Kampung Sungai 2, dekat Alor Janggus.

Rakannya, Mohd Nizam Sawai, 31, berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke arah bot, sebelum terus ke pelantar ikan Kuala Kedah, di sini, untuk meminta bantuan.

Advertisements

Be the first to comment