Kaji Selidik INVOKE Cacat, Ekonomi Lebih Baik Tahun Depan, Kata Penganalisis

“Mereka berkata dapat 17,000 responden daripada 100,000 yang dihubungi. Ramai yang tidak menjawab,” demikian dinyatakan oleh Professor Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Mengulas lanjut mengapa responden tidak menjawab soalan kaji selidik INVOKE Malaysia, pensyarah Universiti Utara Malaysia itu menegaskan; “Saya tahu mengapa mereka tidak menjawab: Ini kerana soalan-soalan sangat berat sebelah terhadap Pakatan Harapan dan pada masa yang sama sangat kritikal terhadap BN.”

Azizuddin yang mengemukakan pandangan beliau mengenai keabsahan kaji selidik INVOKE Malaysia turut menegaskan bahawa hasil dapatan kajian-kajian INVOKE tidak mencerminkan realiti sebenar pandangan orang ramai.

Menurut beliau lagi, sesuatu kaji selidik wajar mempunyai soalan-soalan positif dan negatif yang seimbang supaya maklumat lebih tepat tentang pemikiran orang ramai dapat diketahui.

Azizuddin yang juga merupakan Ahli Majlis Professor Negara turut memberikan pandangan beliau tentang ekonomi negara. Beliau menjangkakan ekonomi Malaysia akan lebih baik tahun hadapan.

Beliau juga menjelaskan bahawa suku kedua 2017 memperlihatkan peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi negara selain menegaskan bahawa peningkatan harga barang merupakan perkara biasa di negara-negara maju.

Azizuddin mengambil contoh terdekat mengulas isu kos sara hidup dan peningkatan harga barang dengan katanya, “Kalau kita lihat Singapura, dia punya kos sara hidup sangat tinggi, jadi seiring untuk bergelar negara maju adalah perkara seperti ini. 

Isu utama bukannya peningkatan harga barang, tetapi sejauhmana kenaikan gaji selari dengan kenaikan harga barang.

Secara umumnya, beliau berpendapat, “Pada pandangan saya, ekonomi Malaysia semakin baik dan menyaksikan peningkatan, oleh itu, dijangkakan tahun hadapan akan jadi lebih baik. Jadi, seelok-eloknya pilihan raya dibuat pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.”

Azizuddin yang juga Professor Pangajian Antarabangsa  mengulas isu-isu berkaitan ekonomi dan politik  dalam Wacana Sinar Harian Siri -48: Pakatan Harapan vs Barisan Nasional siang tadi.

 

Advertisements

Be the first to comment