Kalah Saman Fitnah: Joseph Lim Disaran Bantu Rafizi

Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli melalui laman Facebook beliau merayu sumbangan derma orang ramai setelah mahkamah memerintahkan beliau membayar tiga ratus ribu kepada mangsa-mangsa fitnahnya.

Beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2016 kerana memfitnah National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) dan Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar.

Menurut Rafizi, orang ramai yang berminat memberi sumbangan derma boleh berbuat demikian kepada INVOKE Solutions Sdn. Bhd, sebuah syarikat di mana beliau merupakan pengasas dan mempunyai kepentingan di dalamnya.

Ia sekaligus boleh memberi gambaran kepada para pesaing beliau di dalam PKR dan Pakatan Harapan bahawa Rafizi menjana pendapatan melalui pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada musuh-musuh politiknya atas nama membongkar rasuah dan penyelewengan.

Hasil sumbangan orang ramai tersebut pasti digunakan untuk membayar peguam, membayar pelbagai saman-saman beliau sebelum ini di samping meneruskan perjuangan beliau menabur fitnah dan menghasut berdasarkan hasil dapatan kajian-kajian yang tidak terbukti keabsahannya melalui organisasi milik beliau sendiri.

Justeru itu, tidak hairanlah tatkala beliau merayu sumbangan orang ramai, tiada mana-mana pemimpin PKR dan/atau Pakatan Harapan serta simpatis parti di kalangan tokoh-tokoh korporat teruja menghulurkan sumbangan derma bagi membantunya.

RAFIZI LGE SAMAN

Situasi berbeza dialami oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng. Dalamasa tidak sampai 24 jam, Joseph Lim dilaporkan berjaya mengutip lebih dari satu juta ringgit apabila beliau dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Joseph Lim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Georgetown, Pulau Pinang pada 30 Jun 2016 atas dua pertuduhan rasuah menyalahgunakan kuasa berhubung pengezonan semula status tanah dan pembelian sebuah lot banglo.

Sehingga kini, setahun sudah berlalu dan kes beliau masih belum dibicarakan, sebaliknya masa mahkamah terbuang akibat tindakan beliau mencabar kesahihan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berbanding Perlembagaan Persekutuan.

Rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah status kutipan derma yang diperolehinya pada tahun lalu, samada digunakan untuk pelbagai aktiviti menghasut atau dilaburkan bagi mendapat faedah riba.

Apakah DAP atau Joseph Lim tidak bersimpati atas nasib yang telah menimpa Rafizi sehinggakan tiada kenyataan dikeluarkan oleh parti tersebut untuk menyumbang RM300 ribu dari RM 1 juta yang diperolehi oleh Joseph Lim pada tahun lalu?

Lagi pun Joseph Lim masih belum dibicarakan, apatah lagi didapati bersalah sedangkan Rafizi sudah diperintahkan membayar saman oleh mahkamah.

Pastinya Saifuddin Nasution Ismail, mantan Setiausaha Agung PKR mampu membisikkan sesuatu kepada bos baru beliau Joseph Lim, bagi membantu Rafizi.

Be the first to comment