MIMPI JADI REALITI: Timang Cahayamata Setelah Tiga Tahun Kematian Suami

Sebelum kematian suaminya, seorang isteri bermimpi bahawa dia bakal menimang seorang cahayamata perempuan.

Kini, setelah tiga tahun kematian suaminya, balu seorang anggota polis melahirkan seorang bayi perempuan, semalam.

Angelina  merupakan bayi comel pasangan Pei Xia Chen dan Wenjian Liu 32, pegawai polis yang terbunuh bersama rakan setugas beliau Rafael Ramos, 40. Kedua-dua pegawai polis New York (NYPD) tersebut ditembak mati dalam sebuah kereta peronda di Brooklyn.

Angelina dilahirkan cukup sifat di New York Prebysterian/Cornell Medical Centre dengan berat enam paun dan tiga belas auns.  Ibu mendiang Liu ketika menyambut kelahiran cucu sulungnya menyatakan bahawa cucunya seumpama malaikat, seperti anaknya (Liu) dan dia tersangat gembira dengan kelahiran tersebut.

Sumber-sumber NYPD menyatakan bahawa Pei Xia Chen bermimpi di malam kematian Liu bahawa suaminya itu menyerahkan kepadanya seorang bayi perempuan.

Pei Xia Chen, the wife of NYPD Officer Wenjian Liu, shot to death in 2014, has given birth to a baby girl. 

Chen kemudian membuat permohonan untuk mengesktrak sperma suaminya dan menyejukbekukan benih suaminya itu sebelum melakukan proses permanian berhadas, disahkan mengandung dan akhirnya selamat melahirkan bayi, tiga tahun setelah kematian suaminya.

“Saya memberitahu rakan-rakan bahawa saya akan memperolehi bayi perempuan”, jelas Chen.

Rakan-rakan saya membantah kerana saya belum buat pemeriksaan lagi, tapi akhirnya mereka akui saya betul”, tambah Chen.

Pasangan tersebut baru berkahwin tiga bulan ketika kemarian Liu dan kini setelah hampir tiga tahun,  Chen dikurniakan seorang bayi perempuan.

 

 

Be the first to comment