Pelaburan Dalam ASB Adalah Harus

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (UZAR) telah menyokong pandangan yang mengharamkan pelaburan dalam ASB sekitar tahun 2008. (sila rujuk di laman web UZAR).

Pandangan beliau berdasarkan kepada Fatwa Negeri Selangor yang ragu-ragu terhadap pelaburan yang dilakukan oleh ASB.

Tetapi selepas mendapat pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengHARUSkan pelaburan dalam ASB.

Ia boleh dianggap sebagai ‘qaul jadid’ (pandangan baru) yang memansuhkan (menghapuskan) ‘qaul qadim’.

Dalam video sekitar tahun 2014, ketika berceramah di Pulau Pinang pula, UZAR turut mengharamkan pelaburan dalam ASB. Ia dianggap sebagai menghormati uruf dan waqi’ (fatwa setempat).

Sehingga kini, hanya sebuah sahaja negeri yang mengharamkan pelaburan dalam ASB iaitu, Pulau Pinang.

Selepas Selangor mengharuskan pelaburan dalam ASB, hanya Pulau Pinang satu-satunya negeri yang masih mengharamkan pelaburan dalam ASB.

Apakah fatwa haram melabur di dalam ASB disebabkan Pulau Pinang diperintah oleh regim DAP dan pelaburan dalam ASB memberi banyak manfaat kepada umat Islam dan Bumiputera?

Ringkasnya, kesemua fatwa-fatwa yang dikemukakan oleh para ulama’ dan Jawatakankusas Fatwa Peringkat Negeri dan Kebangsaan mengharuskan pelaburan dalam ASB kecuali Pulau Pinang.

Dalam menetapkan sikap dan pendirian mengenai perkara ini, umat Islam dinasihatkan agar memilih pendapat dan pandangan majoriti ulama’ akan KEHARUSAN  PELABURAN  DALAM ASB KERANA IA LEBIH MENEPATI KEHENDAK SYARAK.

Be the first to comment