Saya Berdoa Moga ALLAH Panjangkan Hayatnya

 

Bagaimanapun, katanya, Naira Nur Fauzana yang cedera parah di perut dan paha itu gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Dungun.

Pada masa sama, Nazrin melihat Nurbani Fartini sudah tidak sedarkan diri selepas tercampak keluar dari kereta.

“Selepas mendapatkan anak, orang ramai menghubungi ambulans untuk menghantar kami ke Hospital Dungun berikutan keadaan Naira Nur Fauzana yang cedera parah itu, namun sebaik tiba di hospital doktor mengesahkan bayi saya sudah meninggal dunia.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital, saya sempat menghubungi bapa yang tinggal di Kampung Pulau Serai, untuk melihatkan keadaan isteri di lokasi kejadian, namun sekali lagi saya menerima berita sedih kerana Nurbani Fartini juga disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun, di sini.

Dalam kemalangan jam 1.40 tengah hari itu, beliau kehilangan kedua-dua orang tersayang apabila kereta dipandunya pecah tayar belakang menyebabkan gagal dikawal dan terbalik.

Mohd Nazrin berkata, sebelum kejadian dia mengambil anak dan isterinya di rumah mentua di Pasir Panjang, Kuala Terengganu, sebaik tiba dari Kuala Lumpur untuk membawa mereka pulang ke rumah mereka di Dungun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar di bahagian belakang kereta tiba-tiba meletup menyebabkan ia gagal dikawal sebelum terbalik.

“Ketika itu, isteri yang sedang memangku anak kami di tempat duduk penumpang di depan tercampak keluar manakala saya terperangkap dalam kereta,” katanya.

Difahamkan, jenazah Nurbani Fartini dan bayinya, Naira Nur Fauzana akan dikebumikan di kampung halaman wanita itu di Pasir Panjang, Kuala Terengganu malam ini.

Be the first to comment