Letupan Gegar Kabul

KABUL 31 Julai – Sumber-sumber rasmi menyatakan bahawa pasukan keselamatan Afghanistan  berbalas tembakan dengan sekumpulan lelaki bersenjata di perkarangan pondok polis berhampiran Kedutaan Iraq. 

Sasaran kumpulan lelaki bersenjata itu tidak jelas tetapi saksi-saksi polis yang berada di tempat kejadian berpendapat kumpulan tersebut  didapati cuba menawan bangunan kedutaan tersebut.

Asap tebal hasil letupan bom dan tembakan kedua-dua belah pihak boleh dilihat jelas dari gedung perniagaan berhampiran.

Pihak berkuasa keselamatan Afghanistan melaporkan tiada sebarang amaran diberi oleh sekurang-kurangnya lima orang lelaki bersenjata tersebut.

Serangan tersebut berlaku seminggu selepas 35 orang kakitangan kerajaan terbunuh dalam letupan bom di Kabul di mana pentadbiran Amerika Syarikat merombak semula dasar luar negara itu di rantau Asia Barat.

Pihak Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan minggu lepas sementara serangan pada kali ini dipercayai didalangi oleh pihak Daesh, demikian menurut agensi berita Amaq.

Sementara itu saksi kejadian memberitahu al-Jazeera bahawa mereka mendengar dua letupan kuat berhampiran kedutaan Iraq dan sebahagian dari bangunan tersebut musnah.

Pihak polis mengesahkan kejadian letupan tersebut tetapi mendakwa tiada maklumat lanjut mengenainya diperolehi.

 

Advertisements

Be the first to comment