Tidak Fasih Berbahasa Melayu, Kami Mahu TPM Cina

“Cadangan ini dibuat berdasarkan masyarakat Cina, terutama di kawasan majoriti Cina sememangnya memerlukan seorang pemimpin kerajaan tempatan yang fasih bahasa Cina dan memahami kehendak mereka,” kata Chew Sir Boon, Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM).

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh Oriental Daily merupakan suatu cadangan dari Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) agar melantik seorang Timbalan Perdana Menteri di kalangan bukan Melayu atau Muslim bagi meningkatkan kedudukan politik bukan Melayu di negara ini.

Selain dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, YMM juga berharap agar Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar dapat dilantik di kalangan orang-orang Cina.

“Saya harap cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan. Selain itu, hasrat masyarakat Cina juga diharap dapat ditunaikan sedikit masa lagi sekiranya kerajaan boleh melantik Datuk Bandar ataupun Timbalan Datuk Bandar daripada kalangan orang Cina.”‘  jelas Sir Boon.

Sir Boon juga menyatakan bahawa  YMM akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk mengemukakan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Polemik jawatan Timbalan Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu pernah dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada 19 Januari 2017 dengan katanya, “Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.” 

DAP TPM

“Tapi kalau timbalan itu, adalah…Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu,”, ujar Mahathir lagi.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai  dan Penasihat DAP Lim Kit Siang wajar berterus-terang dan bersikap matang dan terbuka dalam perkara ini serta  tidak ‘play safe’ serta memperalatkan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  demi kelansungan kerjaya dan parti politik masing-masing.

Be the first to comment