Guling Najib: Polis Buka Kertas Siasatan

“Kami akan panggil setiap pihak yang terlibat.”, demikian ditegaskan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sewaktu ditanya wartawan pada sidang media setelah melancarkan Sambutan Hari Hijau PDRM 2017 pagi tadi.

Banyak pihak telah membuat laporan polis berhubung isu yang ditimbulkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memohon restu beliau dalam usaha menggulingkan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Menurut Noor Rashid lagi, siasatan berhubung isu ini dikendalikan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan pihak polis akan merekodkan keterangan dari pihak-pihak berkenaan.

Susulan tuduhan Mahathir tersebut, Zahid membuat penafian dan sanggup melafazkan sumpah laknat di mana-mana masjid dengan syarat Mahathir juga berbuat perkara yang sama.

Sambil menegaskan bahawa beliau tidak gentar dengan cabaran berhubung isu tersebut, Zahid menyatakan bahawa;  “Saya ada rakaman dan gambar tentang pertemuan dengan orang itu. Saya simpan rakaman itu dan ia dinaratif.

“Saya sedia sahut cabaran dan sanggup sumpah laknat di masjid mana-mana pun bahawa yang merancang cuba jatuhkan Perdana Menteri adalah orang itu bukan saya,” jelas Menteri Dalam Negeri itu.

Sehingga artikel ini ditulis, Mahathir masih belum lagi memberi sebarang maklumbalas samada bersetuju menyahut seruan Zahid agar sama-sama bersumpah laknat atau tidak.

Rakyat Malaysia menanti dengan penuh debaran dan harapan agar siasatan ini tidak berat sebelah, bersifat objektif dan professional dalam merungkai isu konspirasi dan usaha-usaha menggulingkan pemimpin yang dipilih sacara sah oleh rakyat melalui proses pilihanraya.

Isu konspirasi dan usaha-usaha menggulingkan kepimpinan negara melalui cara-cara subversif, demonstrasi jalanan dan melalui pintu belakang mula dipopularkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pilihanraya umum 1998 dengan tagline popular beliau “we got numbers.”

Ia kemudiannya ditimbulkan pula  oleh Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua tatkala kes perbicaraan liwat Anwar, pada 2014.

Kali ketiga  isu ini ditimbulkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, namun tiada bukti dikemukakan, ianya lebih bersifat andaian serta kesahihan dokumen-dokumen sediada diragui menyebabkan pihak polis berpendapat tiada keperluan membuka kertas siasatan.

NAMUN KINI, pihak polis sudah membuka kertas siastan.

DI MANAKAH BERAKHIRNYA ISU INI?

 

Advertisements

Be the first to comment