RCI FOREX: Nasib Mahathir Anwar atau Daim Ditentukan Mulai Esok

ESOK 8 Ogos 2017 bermulalah mimpi ngeri buat mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Tun Daim Zainuddin apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal tukaran mata wang asing pada awal 1990an memulakan prosiding mereka.

Kabinet Malaysia bersetuju menubuhkan RCI pada 21 Jun 2017  lalu setelah mengambilkira pelbagai aspek, tanpa pertimbangan politik kepartian dan menerima banyak permintaan dari rakyat Malaysia.

RCI dianggotai oleh enam orang ahli panel yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (PNB). Ahli-ahli panel lain pula adalah Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif  Bursa Malaysia Bhd, Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcaara Perniagaan (PEMUDAH), Saw Choo Boon, Akauntan Bertauliah Malaysian Institute of Accountants (MIA), K Pushpanathan dan Pengarah Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Yusof Ismail, yang bertanggungjawab sebagai Setiausaha RCI.

Mahathir yang dikenali sebagai individu terkaya di dunia melalui pelbagai proksi billionaire dan konglomerat dijangka  berhadapan dengan siasatan (RCI) berhubung skandal tukaran matawang asing Bank Negara Malaysia (BNM).

Sementara itu Daim yang dianggap sebagai tok dalang di sebalik skandal tersebut pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan antara 14 Julai 1984 hingga 15 Mac 1991.

Meski pun Daim meletakkan jawatan sebagai anggota kabinet, batuk dan dehem beliau mampu mempengaruhi turun naik tukaran matawang asing dan harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur, pada ketika itu dan akhirnya dipanggil semula menganggotai kabinet setelah pemecatan Anwar dari parti dan kerajaan pada 2 September 1998.

Antara Mahathir dan Daim, nasib keduanya bukan sahaja bakal ditentukan oleh siasatan rapi, berkecuali dan terbuka kepada awam, malah mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipercayai bakal menjadi penentu kepada untung nasib keduanya.

Anwar yang kini bersekutu dengan Mahathir menumbangkan kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak di atas platform Pakatan Harapan dijangka tidak mempunyai masalah untuk memberi keterangan dan melampirkan pelbagai dokumen yang memihak kepada Mahathir, demi kelansungan kerjaya politik masing-masing.

Berbanding dengan Daim, meski pun mengetuai pelbagai firma konglomerat dalam dan luar negara, Anwar menyatakan bahawa beliau sesekali tidak akan memaafkan tokoh ekonomi tersebut.

Apakah ianya suatu petunjuk bahawa Anwar akan memberi keterangan yang tidak memihak kepada Daim?

Tanpa kuasa politik dan naungan politik yang pernah dinikmatinya suatu ketika dahulu, Daim dijangka sukar meloloskan diri untuk didapati terlibat secara langsung dalam skandal tukaran matawang asing yang terbesar di dunia itu.

Di sebalik ketiga-tiga figura politik dan ekonomi tanahair tersebut, Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Lim Kit Siang sedang memainkan peranan seribu wajah bagi mengaibkan ketiga-tiganya di mata rakyat dan kerajaan serta memastikan pemimpin Melayu Islam senantiasa bermasalah, samada di dalam atau luar kerajaan.

Pastinya, Kit Siang akan lupa berkenaan hansard Parlimen tentang skandal tukaran matawang asing ini dan artikel-artikel beliau yang mengkritik salah urustadbir Mahathir di dalam MALAYSIA: Crisis of Identity. yang diterbitkan oleh parti ultra perkauman Democratic Action Party (DAP).

Sesungguhnya politik merupakan seni yang serba mungkin.

 

 

Advertisements

Be the first to comment