Kelansungan Dinasti Lim Sebab Utama Seksyen 62 Akta SPRM 2009 Dicabar

Usaha Ketua Menteri Pulau Pinang mencabar Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM 2009) boleh dilihat dari beberapa perspektif dan diangap sebagai suatu penghinaan kepada proses keadilan dilaksanakan memandangkan kepada beberapa sebab.

(i) Proses ini telah memakan masa lebih setahun sebelum Mahkamah Rayuan menetapkan Seksyen 62 Akta SPRM 2009 bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, semalam.

Kes rasuah Joseph Lim difailkan di Mahkamah Tinggi, Georgetown pada 30 Jun 2016 atas dua pertuduhan rasuah, beliau tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada 27 Mac 2017 tertangguh akibat dari penyalahgunaan proses mahkamah di mana Joseph Lim mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Rayuan Putrajaya (setelah gagal di peringkat Mahkamah Tinggi) bahawa akta yang memperuntukkan pihak defendan perlu memfailkan hujah pembelaan sebelum penghakiman dianggap bertentangan dengan Perlembagaan.

Ini bermaksud, sekiranya perbicaran berlangsung sekarang, pihak defendan tidak perlu mengemukakan apa-apa hujah pembelaan awal sebelum penghakiman, suatu strategi yang dilihat sebagai “saya lebih rela mati berdiri dari hidup melutut.”

(ii) Meski pun pihak SPRM hari ini menyatakan akan mengemukakan rayuan setelah Mahkamah Rayuan memihak kepada Joseph Lim semalam, ia sudah pasti akan memakan masa pendakwaan dan perbicaraan kes rasuah tersebut, isu sebenar yang menarik perhatian masyarakat dan pengamal undang-undang.

(iii) Kos masa, dana awam, kecelaruan dan polimik di kalangan rakyat serta banyak pihak dalam isu ini dioptimakan sepenuhnya oleh Joseph Lim yang begitu terdesak dan phobia berhadapan dengan keadilan sistem perundangan negara.

Beliau bukan sahaja enggan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, malah turut memperalatkan rakyat Pulau Pinang (khasnya) dan Malaysia (amnya) dalam siri-siri demonstrasi meraih simpati, kononnya dianiayai oleh musuh politik.

(iv) Bak kata pepatah, keadilan yang tertangguh merupakan suatu ketidakadilan.” Demikianlah yang telah terjadi pada kes liwat mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di mana lebih dari enam puluh kali penangguhan kes.

Modus operandi yang sama kini diikuti oleh Joseph Lim bagi melambat-lambatkan perbicaraan atas pelbagai motif dan alasan.

Setakat ini sistem perundangan dan kehakiman kita benar-benar telah memberi peluang dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak-pihak berkepentingan dan orang kena tuduh (OKT) seperti Joseph Lim, tetapi ianya menghasilkan kos melepas kepada pembangunan negara dan keharmonian rakyat.

Dan ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh Joseph Lim. Pasti ada sebab yang menasabah mengapa perkara ini dilakukan.

AKTA Kesalahan Pilihanraya 1954 memperuntukkan kepada mana-mana warganegara Malaysia tidak layak  bertanding sebagai calon pilihanraya sekiranya mereka telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda dua ribu ringgit atau dipenjara, walau pun sehari.

Pelepasan kepada sekatan bertanding dalam pilihanraya boleh diperolehi setelah lima tahun hukuman dilaksanakan dan beroleh pengampunan.

Joseph Lim didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksima  20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Menangguhkan perbicaraan dengan mencabar Seksyen 62 Akta SRPM 2009  tiada mempunyai kaitan secara langsung dengan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suatu langkah terdesak melambatkan-lambatkan perbicaraan. Melambat-lambatkan perbicaraan sekurang-kurangnya memberi peluang kepada Joseph untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang selain memastikan kelestarisan dan kelangsungan Dinasti Lim dalam parti ultra perkauman DAP berterusan.

Sekiranya didapati bersalah, akan menghilangkan kelayakan bertanding Joseph Lim pada pilihanraya umum akan datang dan Dinasti Lim akan berkubur.

Justeru itu, amat mudah untuk menebak mengapa Ketua Menteri Pulau Pinang itu mencabar akta tersebut.

 

Be the first to comment