RCI Forex Dapat Liputan Media Asing

Portal berita Associated Press (AP), Wall Street Journal (WSJ) dan New Zealand Herald (NZHerald) memaparkan berita Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap kerugian tukaran matawang asing di awal 1990an di laman utama mereka.
 
Ketiga-tiga portal tersebut menjuruskan pemberitaan mereka ke arah pendakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamed di akhir siasatan RCI.
 
Pakatan pembangkang Malaysia menganggap penubuhan suruhanjaya tersebut sebagai agenda politik, meski pun dinafikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.
 
ASPIRASI PERDANA sebelum ini melaporkan nasib tiga figura bakal ditentukan di akhir siasatan ini di mana ketiga-tiganya mempunyai peranan yang besar di dalam parti dan kerajaan ketika skandal ini terjadi, bergantung kepada banyak faktor.
 
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) merupakan suatu suruhanjaya yang ditubuhkan atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, bertanggungjawab sepenuhnya kepada baginda dan Majlis Raja-raja (MRR) serta prosidingnya terbuka kepada awam.
– ASPIRASI PERDANA –

Be the first to comment