SPRM Tahan Exco Pulau Pinang Selepas Rakam Kenyataan

Georgetown, 11 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menahan seorang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), sebaik sahaja beliau merakamkan suatu kenyataan di Ibupejabat SPRM Negeri.

Phee Boon Poh dipercayai ditahan berhubung suatu isu sebuah kilang di Bukit Mertajam, namun maklumat lanjut tidak diberikan oleh RSN Rayer, yang mengiringi Boon.

Phee hadir ke ibupejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah bersama ADUN Seri Delima, RSN Rayer jam 2.30 petang tadi, setelah menerima panggilan dari agensi penguatkuasa rasuah tersebut.

Sehari sebelum itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah pun membuat serbuan ke atas kilang tersebut.

Pihak SPRM juga telah menyerbu pejabat Phee, mengambil beberapa dokumen serta menyoal siasat beliau selama lebih kurang sejam.

Menurut Rayer lagi; “Apa yang kami tahu, beliau hadir ke sini (ibupejabat SPRM Negeri) sebagai saksi, tetapi akhirnya ditahan, kami dimaklumkan atas arahan Putrajaya.”

“SPRM akan membawa beliau ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman,” tambah Nayer lagi.

Rayer percaya penahanan Phee mempunyai kaitan dengan sebuah kilang di Bukit Mertajam dan para peguambela akan hadir ke mahkamah esok.

Kehadiran Phee juga bagi mengesahkan beberapa surat dan dokumen yang ditandatanganinya, dipercayai ada kaitan dengan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Rayer juga menyakini bahawa SPRM akan melawat sekali lagi pejabat Phee keesokan hari dan mengambil beberapa dokumen berkaitan.

ASPRASI PERDANA sebelum ini ada melaporkan berkenaan peruntukan kutipan caruman dari pemaju-pemaju yang tidak digunakan oleh MPSP, tidak dilaporkan malah mendapat teguran Jabatan Audit Negara (JAN).

Penahanan Phee merupakan antara beberapa siri penahanan oleh SPRM terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang, yang sering dikaitkan sebagai hub pengedaran dadah antarabangsa, kegiatan kongsi gelap dan samseng serta kegiatan rumah urut, pelacuran dan jenayah berat (pembunuhan) yang berleluasa.

 

 

Advertisements

Be the first to comment