1MDB Buktikan Ia Mampu Membayar IPIC

Tempoh masa yang diberikan oleh International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga 31 Ogos 2017 untuk melunaskan bayaran sebanyak USD$600 juta pada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) masih berbaki tiga minggu lagi.

Namun dalamasa 3 hari selepas syarikat kerajaan Abu Dhabi memberi tempoh penangguhan itu, 1MDB telah pun membuktikan bahawa entiti strategi pelaburan negara itu tidak menghadapi masalah kewangan, malah menunaikan janjinya lebih awal.

Ianya merupakan suatu kejayaan program rasionalisasi 1MDB dan ia menambah semua dana yang dibayar kepada IPIC adalah hasil program rasionalisasi berterusan.

Melalui perjanjian yang dimeterai dengan IPIC pada April lalu, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran dengan pembayaran pertama kira-kira AS$600 juta dibuat pada 31 Julai.

Namun 1MDB menangguhkan pembayarannya pada 8 Ogos, 2017 tetapi IPIC melanjutkan tarikh akhir bayaran hingga 31 Ogos, dengan syarat ia membayar AS$360 juta sebelum esok.

Ternyata 1MDB bukan sahaja mampu membayar malah berada di atas landasan yang betul.

Sama-sama kita doakan agar 1MDB berjaya dengan pelan rasionalisasinya dengan tunggakan sebanyak USD240 juta menjelang 31 Ogos 2017.

Be the first to comment